Kalah Berturutan, Penaung Kedah Darul Aman FC Luah Isi Hati Mengguris Sanubari
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi longlai yang dipamerkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika tewas mengejut 2-3 kepada Melaka United semalam ternyata telah mengejutkan semua pihak.

Walaupun beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong, pasukan Kedah gagal mempamerkan konsistensi permainan apabila dilihat kurang agresif pada 20 minit terakhir permainan yang membolehkan Melaka menjaringkan dua gol untuk memenangi perlawanan.

Antara yang kecewa dengan aksi Kedah semalam ialah Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. Beliau akui sudah berat kepala memikirkan nasib pasukan Kedah yang rebah berkali-kali.

Advertisements

“Kepala juga berat memikir letak duduk pasukan Kedah FC yang kalah dalam beberapa perlawanan termasuk perlawanan semalam di Stadium Darul Aman. Banyak nak komen tapi biar jiwa dan minda tenang sikit.

“Apa-apa pun kekalahan semalam 2-3 adalah tidak wajar dan tidak munasabah. Tidak dapat diterima sama sekali. Semua orang mesti bertanggungjawab. Tanggungjawab adalah lumrah dan tradisi kehidupan.

Dr Daud juga berpendapat skuad Kedah perlu melakukan ‘overhaul’ dalam semua aspek termasuk aspek taktikal dan stamina.

Advertisements

“Stamina. Taktikal. Kreativiti. Impian. Semua kena semak semula. Overhaul,” coret Dr Daud di laman Facebook milik beliau.

Untuk rekod, kekalahan kepada Melaka United semalam merupakan kekalahan ketiga dalam empat perlawanan terakhir yang dilalui. Lebih menyedihkan, Kedah sudah dibolosi 12 gol dalam 4 perlawanan tersebut.

Situasi ini pastinya merunsingkan para penyokong setia Hijau Kuning yang sudah tentu mahu melihat pasukan kesayangan mereka konsisten mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan yang dilalui.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram