Mari imbau kembali kali terakhir pasukan Johor Darul Taโzim (JDT) menentang kelab dari Arab Saudi menjelang aksi suku akhir AFC Champions League Elite (ACLE) berdepan Al-Ahli.
JDT bakal menentang juara bertahan, Al-Ahli dalam aksi suku akhir ACLE pada Jumaat dengan tugas mencabar tetapi tidak mustahil menanti jaguh tanah air di pentas tertinggi Asia kali ini.
Untuk rekod, ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua kelab dengan Al-Ahli dilihat sebagai pasukan pilihan di atas kertas berbekalkan status semasa dan kelebihan beraksi di laman sendiri.
Walaupun ini merupakan pertemuan sulung menentang Al-Ahli, JDT sebenarnya pernah berdepan pasukan liga utama Arab Saudi pada Julai 2025 dalam siri jelajah pra-musim di Sepanyol.
Skuad Harimau Selatan ketika ini turun menentang Riyadh SC dalam aksi ke-7 siri jelajah pra-musim yang menyaksikan JDT berjaya mengalahkan kelab dari Saudi Pro League itu dengan keputusan 1-0.
Pemain sayap lincah negara, Arif Aiman menjadi pilihan Xisco Munoz yang baru dilantik sebagai jurulatih JDT ketika itu bagi memakai lilitan kapten dan memimpin barisan pemain skuad Harimau Selatan.
Jaringan tunggal daripada Joao Figueiredo seawal minit ke-10 menghadiahkan kemenangan untuk JDT sekali gus menutup kempen pra-musim di Sepanyol dengan bergaya selepas 7 perlawanan di sana.
9 bulan kemudian, sebuah lagi kelab dari Arab Saudi bakal menjadi lawan JDT namun tentangan kali ini bukan biasa-biasa apa lagi Al-Ahli kini diperkuat barisan pemain bintang berkelas dunia.
Aksi Al-Ahli vs JDT bakal berlangsung pada Jumaat, 17 April di King Abdullah Sports City dengan sepak mula perlawanan dijadualkan tepat jam 10.45 malam waktu Malaysia.