Ketua jurulatih Kelantan FC, Alfredo Vera menyifatkan KL City FC merupakan pasukan terbaik yang pernah ditentangnya sepanjang bersama pasukan.
The Red Warriors terpaksa menelan duka sekali lagi apabila tewas besar kepada The City Boys dengan keputusan 5-1 di Cheras.
Dalam satu sesi temubual selepas perlawanan, bekas pengendali Persita Tangerang itu tetap berpuas hati dengan perjuangan para pemainya yang tidak mampu menandingi pengalaman yang dimiliki oleh tuan rumah.
Katanya, KL City telah menyukarkan hari mereka untuk beraksi tatkala kudrat pemain muda Kelantan terbatas untuk memberikan saingan terbaik.
“KL City merupakan sebuah pasukan yang sangat baik. Mereka bermain dengan hantaran pendek.”
“Pemain Kelantan juga kekurangan pengalaman dan setakat ini, KL City merupakan pasukan terbaik yang pernah kami bertemu,” jelas Alfredo Vera.
Kelantan ketika ini masih bergelut untuk memcari rentak sambil Vera masih optimis untuk mempersiapkan pasukan menjelang aksi Piala Malaysia.
Kelantan akan melayan kunjungan JDT di laman sendiri bagi aksi Piala Malaysia 4 Ogos ini.