Kapten Kelantan Bakal Sertai PDRM?

Mario Arques TRW Kelantan FC Kapten Kelantan Bakal Sertai PDRM?
TRW Kelantan FC
Azim Noor @mohdazim45
8:29pm 09/07/2023

Selepas meninggalkan Kelantan FC secara persetujuan bersama, Mario Arques bakal beraksi dengan satu lagi kelab Liga Super. Pemain tengah Sepanyol itu dikhabarkan bakal menyertai PDRM FC.

Khabar perpindahan ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi beberapa jam lepas. Rundingan antara Arques dengan pengurusan Sang Saka Biru dilaporkan lancar dan kini berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Bekas kapten skuad Kijang itu dijangka tidak akan berdepan masalah menyesuaikan diri dengan PDRM FC untuk baki saingan Liga Super. Ini selepas beliau sudah dua kali bersama The Red Warriors.

Kehadiran Arques bakal menjadikannya sebagai awang import kesembilan The Cops musim ini. Pemain tengah Sepanyol itu diharap bakal bentuk gandingan mantap dengan Marcus Macauley dan Fadi Awad di bahagian tengah.

Selain beliau, PDRM FC turut menggunakan khidmat James Okwuosa, Awad, Kyaw Min Oo, Macauley, Uche Agba, Bruno Suzuki, Jacque Faye dan Nnabuike Chukwu Chijoke sebagai awang import.