Kata-Kata Hector Hevel Jadi Kenyataan
MakanBola
Malaysia NT/JST

Kata-kata yang dilontarkan oleh tonggak warisan baharu Harimau Malaya, Hector Hevel menjadi kenyataan.

Pemain berusia 29 tahun itu memainkan watak penting bersama Harimau Malaya ketika menundukkan jaguh Asia Tenggara, Vietnam dengan keputusan 4-0.

Tonggak kelahiran Belanda ini mencipta sensasi bersama kelab Portugal, SC Portimonense sebelum memutuskan perpindahan ke Malaysia bersama kelab gergasi, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bekas bintang Belanda bawah 20 tahun ini telah memberi bayangan lebih awal bahawa beliau akan meninggalkan bumi Eropah untuk mendapat cabaran baharu di Malaysia.

Hal ini diujarkan olehnya ketika kem latihan pusat Harimau Malaya pada akhir Mei yang lalu sebelum diumumkan selaku tonggak baharu JDT beberapa hari yang lalu.

”Ya, saya akan sertai JDT pada musim akan datang,” umum Hector Hevel kepada  media.

Kehadiran beliau disusuli oleh seorang lagi pemain warisan Harimau Malaya, Jon Irazabal yang juga menyertai juara 11 kali Liga Super itu bagi musim 2025/26.

Hevel sebelum ini pernah beraksi di Asia bersama kelab China, GX PG Haliao bagi musim 2023/24 sebelum membawa haluan ke Portugal.