Kata-Kata TMJ Kepada Pemain Semasa Waktu Rehat Separuh Masa
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris (TMJ) mendedahkan situasi dalam bilik persalinan ketika pasukan itu mencipta kejutan untuk menewaskan Ulsan Hyundai.

Hal ini juga rata-rata mengejutkan ramai pihak yang kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain kendalian Benjamin Mora terutamanya pada separuh masa kedua.

Dalam satu temubual bersama Astro Arena, baginda mendedahkan bahawa kehadirannya ke dalam bilik persalinan telah mengubah cerita pada babak kedua.

Advertisements

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan terikat 1-1 tatkala kedua-dua pasukan berhempas-pulas untuk mencari lebih banyak gol.

Walau bagaimanapun , TMJ masuk ke dalam bilik persalinan dan menegaskan bahawa keberadaan JDT dalam saingan kali ini tidak dibebani dengan apa-apa perkara.

’Pada separuh masa saya turun dan saya beritahu, kita tak ada apa-apa untuk dikesalkan.’

Advertisements

’Kita bukan pasukan terbaik di Asia tetapi mereka pasukan no.3 terbaik di Asia.’

TMJ juga mahu para pemain untuk menikmati detik terindah ini dan bermain dengan penuh kegembiraan buat para penyokong.

’Saya bagitahu agar para pemain tidak beraksi dengan beban di atas bahu dan kekal yakin.’

Advertisements

‘Ada lagi 45 minit dan kamu semua pergi lakukan yang terbaik.’

Sambil itu, baginda juga memberitahu ada beberapa pemain yang sempat disampaikan pesan dan salah satunya Arif Aiman yang menyinar dalam perlawanan penting itu.

’Aku nak kau jadi lebih agresif.’

Advertisements

TMJ juga yakin faktor cuaca sangat memberi kesan kepada bekas juara ACL 2020 kerana mereka sudah mula hilang rentak seawal minit ke-5- permainan.

Ini terbukti apabila pada minit-minit terakhir permainan, pemain pasukan tersebut telah pun melakukan jaringan sendiri yang mengesahkan kemenangan buat JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram