Kawasaki Frontale Akan Pastikan JDT Terduduk Ahad Ini
Dunia
the-afc
Advertisements

Menjelang perlawanan kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale malam esok, pengendali kelab gergasi Jepun itu sudah menyuarakan keyakinan tinggi untuk memungut 3 mata penuh.

Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki menganggap perlawanan esok dianggap perlawanan wajib menang sebelum mensasarkan untuk menewaskan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai sekaligus mara ke pusingan seterusnya.

Oniki juga tidak rela pasukannya menjadi naib juara kumpulan dan mensasarkan untuk menjadi juara kumpulan bagi memudahkan jalan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Advertisements

“Selepas tamat perlawanan tempoh hari, pemain berasa sangat kecewa apabila gagal membawa pulang tiga mata setelah seri tanpa jaringan.

“Saya akan pastikan keadaan ini tidak berulang, kami perlu menang perlawanan esok dan sudah bersedia sepenuhnya bagi memastikan kemenangan berada dalam genggaman kami.

“Berada di tempat kedua dalam kumpulan tidak cukup buat kami untuk layak ke pusingan seterusnya. Jadi, kami wajib menang apabila berdepan JDT dan Ulsan Hyundai seterusnya,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Oniki menjanjikan pasukan kendaliannya akan lebih tajam pada perlawanan esok dan beliau akan memastikan ketumpulan penyudah pada perlawanan lepas tidak akan berulang lagi.

“Antara masalah yang kita lalui pada pertemuan sebelum ini ialah ketajaman di hadapan gawang lawan. Hal ini tidak boleh berulang kerana kita sangat perlukan kemenangan ini,” kata Oniki.

Perlawanan di antara JDT dan Kawasaki Frontale bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim pada pukul 10 malam esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram