Pengendali Kawasaki Frontale Akui Goyang Berdepan Atmosfera Luar Biasa Penyokong JDT

Penyokong Johor Darul Tazim Pengendali Kawasaki Frontale Akui Goyang Berdepan Atmosfera Luar Biasa Penyokong JDT
Johor Southern Tigers

Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui atmosfera luar biasa dengan sorak penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) sedikit sebanyak mengganggu corak permainan para pemainnya sehingga terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 kelmarin.

Oniki turut meluahkan rasa kecewa apabila deretan peluang yang dimiliki tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan dan mengakui barisan serangan mereka dikawal ketat para pemain JDT sekali gus mematahkan usaha mereka mendapatkan 3 mata.

“Kami mempunyai banyak peluang untuk mencipta jaringan pada babak pertama, tetapi tidak ada satu pun yang berjaya diterjemahkan. Setelah usia permainan meningkat, usaha kami untuk memburu gol kian malap.

“Sudah tentunya kami membawa misi memburu tiga mata namun bermain dengan tekanan oleh sorakan penyokong di stadium sedikit merencatkan rentak permainan dan mengganggu konsentrasi pemain. Sudah lama kami tidak beraksi dalam suasana seperti ini, harap ini dapat diatasi pada perlawanan akan datang,” katanya kepada Sukan Utusan.

Kedua-dua pasukan akan turun sekali lagi pada 10 malam esok di Stadium Sultan Ibrahim. JDT kini berada di tangga teratas kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan 7 mata hasil dua kemenangan dan satu seri. Manakala Kawasaki berada di tangga kedua kumpulan dengan 5 mata.