Penyokong Kawasaki Frontale Beri ‘Amaran Sinis’ Buat JDT, Boys Of Straits Tak Duduk Diam
Dunia
AMA SPORTS PHOTO AGENCY
Advertisements

Perlawanan ketiga kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) esok bakal menemukan kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale.

JDT kini mendahului kumpulan I dengan 6 mata hasil dua kemenangan manakala Kawasaki Frontale pula berada di tangga kedua dengan 4 mata hasil satu keputusan seri menentang Ulsan Hyundai dan kemenangan bergaya 8-0 menewaskan Guangzhou FC.

Menjelang perlawanan esok, perang psikologi sudah dimulakan oleh penyokong pasukan Kawasaki Frontale. Mereka memberikan amaran kepada para pemain dan penyokong JDT bahawa jangan mengharapkan kegembiraan dalam perlawanan esok. Amaran tersebut dimuatnaik melalui satu ciapan di twitter

Advertisements

“Jangan menjangkakan kegembiraan seperti ini pada Khamis nanti.” tegasnya dalam ciapan twitter tersebut.

Namun begitu, kumpulan penyokong JDT yang digelar Boys Of Straits (BOS) tidak duduk diam dan membalas melalui satu muat naik di laman faceboook rasmi mereka.

“Bila wakil club dari negara matahari terbit sudah mula berkata kata seakan akan mereka terlupa matahari juga boleh terbenam,” balas BOS dalam laman Facebook mereka.

Advertisements

Walau apa pun keputusannya esok, diharapkan kedua-dua pasukan mampu beraksi dengan menampilkan aksi bola sepak terbaik dan pastinya kita sebagai rakyat Malaysia mahukan JDT mencipta satu lagi kejutan dalam perlawanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram