Keadaan Pearly Tan Cemaskan Kem Badminton Malaysia
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Berita kurang gembira diterima dari skuad badminton kebangsaan yang membabitkan pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan.

Menurut Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 24 tahun itu adalah masalah berulang di bahagian belakang yang pernah menimpa Pearly sebelum ini.

”Memang untuk setakat ini Pearly ada sedikit (kecederaan) di bahagian pinggang kerana sebelum ini beliau mengalami kesakitan di bahagian belakang,” kata Rexy kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.

Advertisements

Beliau berkongsi bahawa Pearly seharusnya meneruskan sesi rawatan beberapa minggu sebelum kejohanan Asia namun begitu, pemain tersebut mengambil keputusan ubtuk tidak meneruskan atas sebab keadaan badannya yang sudah dirasakan sudah baik.

”Jadi, dia ada buat satu kesilapan satu atau dua minggu sebelum Badminton Asia Championship (BAC) dia sepatutnya harus pergi (meneruskan rawatan) tapi dia rasa sudah okay dan sudah berhenti dan tidak pergi (meneruskan rawatan),” tambah Rexy lagi.

Ini sekaligus menyebabkan kecederaan lama tersebut berulang kembali dan terpaksa disisihkan dari latihan yang berat bagi memberi fokus kepada sesi rehabilitasi

Advertisements

”Sekarang ini dia sudah balik kembali dan buat rawatan sambil dia berlatih, mungkin tidak memerlukan banyak pergerakan tapi Thinaah (Muralitharan) sudah mula menjalani latihan yang normal dan seperti biasa.

Pearly Tan dan M. Thinaah kini sedang giat melakukan persiapan rapi bagi menghadapi beberapa kejohanan sebelum melakukan penampilan pertama di Sukan Olimpik Paris nanti.

Pasangan di ranking ke-14 dunia ini tidak disenaraikan oleh BAM untuk ke Uber Cup di Chengdu, China minggu lalu bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan dan sesi latihan menjelang temasya sukan berprestij itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram