Keadaan Terkini Pemain China Lepas Terkulai Layu Berdepan Malaysia
MakanBola
Titan Sports
Sponsors

Pemain pertahanan China, Li Shuai kini dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan dalam aksi China-Malaysia pada 9 September lalu.

Penyokong di Stadium Phoenix Hill, Chengdu mula resah apabila Shuai tidak sedarkan diri selepas berlaga dengan Syahmi Safari pada minit ke-85. Susulan itu, beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ad

China Sports Vision 2050 melaporkan pemeriksaan perubatan mendapati tulang belakang Shuai berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, akibat konkusi yang dialaminya hari itu, pasukan perubatan terpaksa mencabut tujuh gigi beliau.

Ad

Berita ini bakal memberi kelegaan kepada penyokong dan pemain skuad kebangsaan China khususnya pengendali mereka, Aleksandar Jankovic.

Aksi China-Malaysia menyaksikan tuan rumah ketinggalan menerusi gol Faisal Halim pada minit ke-11. China kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Li Liang Ming pada minit ke-36.

Ad

Keputusan seri dengan China dan Syria membolehkan Malaysia mengumpul +1.94 mata ranking FIFA sekaligus menghampiri kedudukan Filipina yang kini menduduki tangga ke-135 dunia.

Ad