Advertising
Kedah Bakal Dihukum FAM?
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berpotensi dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini selepas kelab itu dilaporkan gagal memenuhi tuntutan afidavit sembilan bulan gaji membabitkan jurulatih skuad Kedah Bawah 20 Tahun (B-20), Rosle Md Derus.

Ad

Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melaporkan Kedah difahamkan gagal mematuhi tuntutan tersebut meskipun arahan pembayaran sudah dikeluarkan oleh FAM.

Ad

“Difahamkan KDA gagal penuhi tuntutan afidavit sembilan bulan gaji jurulatih B-20, Rosle Md Derus walaupun FAM sudah keluar arahan pembayaran sebelum 27 Disember 2024,” katanya di X.

“Keputusan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status (yang) bersidang (pada) 27 November lalu (yang) dipengerusikan calon presiden baru FAM, Datuk Mohamad Joehari Ayub.”

Ad

Situasi ini boleh menyebabkan pengurusan pasukan Sang Kenari berdepan hukuman daripada badan induk bola sepak Malaysia itu.

Ad

Kedah dibadai dengan isu kewangan sejak dari awal musim 2024/25. Isu ini juga mendorong beberapa tonggak Sang Kenari memilih untuk berhijrah demi kelangsungan karier mereka.

Ad

Antara pemain yang berbuat demikian ialah Sony Norde, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Habib Haroon dan Fikri Che Soh.