Advertisements
Kedah Bakal Terima Dua Ahli Lembaga Pengarah Baharu
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menerima dua figura sebagai ahli lembaga pengarah pasukan yang baru.

Perubahan ini merupakan sebahagian daripada perubahan struktur organisasi yang diumumkan pemegang saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr Daud Bakar. Walau bagaimanapun, identiti dua ahli lembaga pengarah baru pasukan itu tidak didedahkan.

Daud memaklumkan pelantikan dua ahli lembaga pengarah itu akan dimaklumkan apabila semua proses yang berkaitan telah dilengkapkan.

“Pihak pengurusan akan memaklumkan tentang perlantikan dua orang ahli lembaga pengarah baharu dalam masa terdekat apabila semua proses telah lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaik pengumuman itu dibuat, ramai penyokong Kedah berharap dua figura yang menyertai lembaga pengarah pasukan itu dapat memberi nilai tambah terutama dari segi kewangan.

Perkara ini dinyatakan oleh seorang penyokong bernama Firdaus Ismail. Ini kerana nilai tambah yang dibawa mereka mampu membawa Sang Kenari lebih ke hadapan.

“Dua pengarah baru itu harap jangan masuk untuk pegangan saham saja. Masuk bersama modal sekali. Tak ada sapa yang nak bantu team kecuali orang kita sendiri. Selamat berjaya Kedah FC, jalan terus KDA FC,” katanya di ruang komen Facebook Kedah.

Sementara seorang lagi penyokong bernama Saiy Nadem pula berharap ini langkah yang dapat membawa Kedah ke arah yang lebih baik.

“Semoga ini permulaan mengorak langkah ke arah lebih baik dan seterusnya. Insya Allah KDA FC boleh dan mampu,” ujarnya.

Pengurusan Sang Kenari turut mengumumkan pelantikan Izzatie Mohd Daud sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baru pasukan dan Nor Amirul Deen sebagai pegawai media baharu.