Kedah Dapat Wang Ganjaran 7 Angka
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman mendapat sinar baharu apabila menerima wang ganjaran sebanyak tujuh angka untuk meneruskan perjuangan.

Skuad kendalian Nafuzi Zain mengharungi musim yang cukup baik apabila menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-4.

Perjalanan hebat ini dibantu oleh barisan pemain muda dan berpengalaman untuk membawa cabaran Sang Kenari.

Advertisements

Kejayaan menamatkan saingan dalam kelompok 4 pasukan terhaik di Liga Super Malaysia membantu pasukan utara tanah air itu menerima wang agihan yang lumayan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Sistem pengagihan kepada 14 kelab Liga Super 2023 ini bakal menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 96.55 peratus iaitu RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta yang diagihkan kepada 14 kelab yang sama musim lalu. 

Agihan musim ini membolehkan enam kelab terbaik dalam liga memiliki peluang untuk membawa pulang lebih RM1 juta.

Advertisements

Selain itu, pasukan yang menduduki kedudukan paling rendah juga mampu membawa pulang sekurang-kurangnya RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada 2022.

Ini menjadikan jumlah wang agihan keseluruhan buat kedah adalah sebanyak RM1.2 Juta.

Kedah juga memperoleh tonik tambahan apabila mengumumkan ketibaan beberapa pemain ternama Liga Malaysia seperti Syafiq Ahmad, Irfan Zakaria dan Rizal Ghazali.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram