Syafiq Ahmad & Ariff Farhan Perkuat Tatar All Stars
Komuniti
KDA FC
Advertisements

Kelibat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad di atas padang mungkin bakal dapat disaksikan pada Jumaat ini 5 Januari 2024.

Syafiq dan bekas rakan sepasukannya di Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ariff Farhan akan memperkuatkan pasukan Tatarian All Stars dalam perlawanan Super Cup di Stadium Mini SMK Tatar.

SMK Tatar adalah singkatan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman dan merupakan salah sebuah Sekolah Sukan Negeri (SSN) Kedah yang sangat aktif dalam pelbagai sukan terutamanya bola sepak.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut, mereka yang beraksi untuk Tatarian All Stars akan bertemu Tatar U17. Syafiq dan Ariff merupakan pemain yang pernah mewakili SSN Kedah suatu ketika dahulu.

Antara kejayaan terbesar mereka bersama SSN Kedah adalah memenangi Piala Premier Manchester United 2010 dan seterusnya mara ke saingan World Finals di Old Trafford.

Mengikut kedudukan akhir kejohanan tersebut, Malaysia muncul 20 pasukan terbaik dunia yang turut melibatkan kelab besar di Eropah dan benua lain.

Advertisements

Selain Syafiq dan Ariff, pemain tengah Kedah, Amirul Hisyam turut menganggotai skuad 2010 tersebut namun aksi Amirul dijangka tidak dapat disaksikan pada 5 Januari ini selepas dirinya baru sahaja ditimpa kemalangan jalan raya tempoh hari.

Untuk rekod, SMK Tatar telah berjaya melahirkan ramai pemain bola sepak profesional yang kini sedang beraksi untuk Liga Super dan skuad kebangsaan seperti Akhyar Rashid, Fadzrul Danel dan Aiman Afif yang kini beraksi untuk skuad kebangsaan bawah 23.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram