Kedah Darul Aman FC Puji Semangat Kesukanan JDT
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memberikan pujian kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempunyai semangat kesukanan kerana telah bersetuju untuk meminda perlawanan Liga Super (LS10) yang dijadualkan pada 19 Jun ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pihak KDA FC akan menggunakan kesempatan penangguhan ini untuk membuat persediaan serapi mungkin untuk menghadapi Piala AFC yang akan berlangsung di Bali pada 24 hingga 30 Jun ini.

“KDA FC memuji semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh JDT FC dengan bersetuju untuk meminda perlawanan Liga Super yang dijadualkan 19 Jun ini di Alor Setar selepas menerima permohonan KDA FC dalam melakukan persiapan rapi bagi kejohanan Piala AFC, Kumpulan G yang akan berlangsung di Denpasar, Bali pada 24 hingga 30 Jun ini.

Advertisements

“Tempoh yang cukup menjelang aksi sebenar Piala AFC amatlah diperlukan memandangkan JDT FC juga cukup berpengalaman di pentas Asia sebelum ini dan tempoh persiapan amatlah penting dalam membantu kutipan mata kelab dari Malaysia dari segi aspek status ranking di AFC,” jelas pihak KDA FC di laman Instagram rasmi mereka.

Pada masa yang sama, pihak KDA FC menasihatkan kepada para penyokong yang sudah membeli tiket perlawanan Liga Super menentang JDT secara atas talian ataupun secara fizikal untuk menyimpan tiket tersebut dan digunakan untuk perlawanan yang sama (menentang JDT) selepas tarikh baharu yang akan ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) kelak.

“Buat semua penyokong yang telah membeli tiket secara atas talian dan secara tiket fizikal di pejabat KDA FC, anda boleh menyimpan QR Code dan tiket fizikal anda untuk digunakan dalam perlawanan tersebut selepas mendapat tarikh pindaan nanti.” jelas pihak KDA FC.

Advertisements

Bagi Piala AFC, KDA FC berada dalam kumpulan G bersama-sama tiga lagi kelab lain, Bali United (Indonesia) selaku tuan rumah, Kaya FC (Filipina) dan Visakha FC (Kemboja). Semoga KDA FC berjaya mencipta sesuatu di kejohanan tersebut demi nama Malaysia tercinta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram