Advertising
Kedah Darul Aman Uji Kelab Luar Negara
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman turut tidak melepaskan peluang untuk menguji kelab luar negara.

Saingan Liga Malaysia berehat panjang untuk memberi laluan kepada perlawanan peringkat negara membolehkan kelab mengadakan siri persahabatan.

Baru-baru ini, Kelantan Darul Naim telah terbang ke Thailand bagi berdepan cabaran Nara United yang berlangsung di Narathiwat.

Ad

Sang Kenari turut tidak mahu melepaskan peluang ini apabila mengumumkan aksi Nusantara Challenge pada 30 Ogos 2024.

Ad

Kelab Liga 1 Indonesia, Malut United menjadi pilihan Nafuzi Zain bagi aksi persahabatan di Darul Aman.

Malut United kini dibimbing oleh pengendali Indonesia, Imran Nahumarury dan memiliki beberapa tonggak terkemuka seperti Yacob Sayuri, Yance Sayuri dan Yandy Sofyan.

Ad
Ad

Kedah Darul Aman kini menghuni tangga ke-8 Liga Super manakala Malut United di tangga ke-12 hasil dua keputusan seri.