Kedah FC Tak Sanggup Keciciran Mata Lagi, Sedia Benam Negeri Sembilan
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak sanggup lagi keciciran mata dan mereka kini sedang mempersiapkan benteng pertahanan yang lebih ampuh supaya tidak mudah dibolosi.

Bakal menentang pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Darul Aman malam esok, pasukan KDA FC hanya mahukan kemenangan untuk menebus kekecewaan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Pengendali KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata, skuadnya tidak rela lagi terlepas peluang dalam usaha mendapatkan mata kemenangan yang menjadi mata sangat penting bagi memastikan Kedah tidak terus turun ke kedudukan lebih bawah.

Advertisements

“Persiapan yang kami lakukan kini berada dalam keadaan yang terbaik di mana kami sedang menumpukan usaha bagi memastikan Kedah dapat kembali bangkit melalui kemenangan di laman sendiri.

“Tiada pilihan lain lagi buat kami selain perlu mempersiapkan benteng yang lebih kukuh dan tidak mudah bolos bagi memastikan kami tidak lagi keciciran mata kali ini.

“Kesilapan lalu menjadi pengajaran yang sangat berguna buat kami untuk tidak diulangi dalam usaha kembali bangkit ke tahap terbaik seperti yang diharapkan oleh semua pihak,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

KDA FC kini berada di tangga ke-3 Liga Super selepas mengharungi 8 perlawanan. Namun kerapuhan benteng pasukan menjadi tanda tanya apabila sudah melepaskan 17 gol dalam 8 perlawanan. KDA FC juga bakal membawa nama Malaysia untuk ke saingan Piala AFC di Indonesia bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram