Kedah Kalah Lagi, Aidil Tak Salahkan Pemain
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kekalahan kedua berturut-turut kepada Terengganu FC (TFC) ternyata sukar untuk ditelan para peminat skuad bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Lebih perit lagi, kedua-dua kekalahan itu berlaku sekembalinya pasukan Kedah dari pentas Piala AFC di Indonesia baru-baru ini yang menyaksikan pasukan Kedah layak ke aksi kalah mati.

Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan para pemainnya sudah berusaha sebaik mungkin sambil mengakui bahawa corak permainan pemain Kedah lebih bagus daripada pemain Terengganu.

Advertisements

“Pemain mula mempamerkan corak permainan tersusun selepas bermulanya separuh masa kedua dengan kerap mengasak kubu tuan rumah selepas tidak beraksi dengan baik pada awal permainan dengan melepaskan gol mudah sama seperti minggu lalu berdepan TFC dalam aksi Piala FA.

“Pemain juga dilihat gagal mengawal ketat pergerakan Kpah Sherman terutama dalam kotak penalti, namun segalanya berubah selepas tiga pertukaran dibuat. Corak permainan mereka lebih bagus berbanding tuan rumah dengan penguasaan bola dan peluang terhidang dimiliki.

“Jika mereka berjaya melaksanakan peluang itu dengan sebaik mungkin, keputusan mungkin memihak kepada kami, namun dalam bola sepak, jika kita gagal memanfaatkan peluang itu, pasukan akan tewas.

Advertisements

“Tapi saya tidak meletakkan kesalahan kepada pemain kerana mereka sudah berusaha di tambah pula lapan pemain kurang sihat dan bukan mudah beraksi di tempat lawan selepas pulang dari Indonesia,” kata Aidil Sharin kepada Arena Metro.

Dalam perlawanan semalam, bekas pemain Kedah iaitu Kpah Sherman memberikan pendahuluan buat Terengganu pada separuh masa pertama sebelum Manuel Ott menambah derita Kedah pada separuh masa kedua.

Kedah mendapat gol saguhati selepas pemain berpengalaman, Azamuddin Akil menjaringkan gol pada masa kecederaan. Ini merupakan kekalahan kedua Kedah kepada Terengganu dalam tempoh dua minggu.

Advertisements

Terdahulu, Kedah disingkirkan Terengganu dari saingan Piala FA selepas tewas dengan jaringan 0-1 di stadium yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram