Kedah Mahu Jadi ‘Gergasi’ Baru MPFL
UltraSukan
Kedah FA
Advertisements

Pasukan futsal Kedah siap sedia untuk kembali menggegar arena futsal negara menjelang saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) divisyen 2 tidak lama lagi.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mohd Salleh Saidin, beliau meletakkan keyakinan penuh kepada barisan pemain meskipun rata-rata pemain yang bakal menggalas tugas ini adalah muka-muka baharu.

Beliau berkata, skuad Kedah melakukan rombakan besar-besar dengan hanya dibarisi seramai lima orang pemain senior sahaja dan diperkuat dengan 20 pemain baharu yang terpilih dalam sesi pemilihan baru-baru ini.

Advertisements

“Saya yakin dengan barisan pemain baru yang ada dalam pasukan futsal Kedah pada kali ini, seramai 20 orang adalah pemain baru, lima orang daripadanya adalah pemain lama,” kata Datuk Mohd Salleh Saidin yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Futsal KFA kepada RTM.

Tambahnya lagi, beliau mahu melihat pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih, Aidiel Boon Abdullah itu memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain sekaligus menaikkan semula nama Kedah dalam arena futsal negara menjelang sepakmula MPFL tidak lama lagi.

“Insya-Allah pasukan Kedah pada kali ini akan menjadi pesaing utama kepada pasukan-pasukan lain untuk aksi MPFL kali ini,” tambah beliau lagi ketika ditemui di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar tempoh hari.

Advertisements

Pasukan futsal Kedah kini sedang giat melakukan persiapan rapi dengan beberapa perlawanan pemanas badan telah diatur seperti UiTM Perlis dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru-baru ini.

Tahun lalu, Kedah menamatkan saingan MPFL 2023 di tangga tercorot kumpulan A sebelum format bagi musim 2024 ditukar yang menyebabkan Kedah terpaksa diturunkan ke divisyen 2.

Saingan MPFL divisyen 2 dijangka membuka tirai pada bulan Mei dengan maklumat terkini sudah tujuh pasukan mengesahkan penyertaan dalam kejohanan yang bakal dianjurkan secara karnival di venue yang bakal ditentukan kemudian.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram