Kedah vs Kelantan United: Dua Gol Ifedayo Julang Kedah Di Darul Aman
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC menepati ramalan untuk terus berada di kedudukan empat teratas Liga Super selepas berjaya menumbangkan Kelantan United 3-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan bola lebih terarah kepada pasukan Kedah. Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-32 melalui tandukan Ifedayo Olusegun namun tandukan tersebut berjaya dikeluarkan pertahanan ketika bola hampir masuk ke gawang Kelantan United.

Corak bertahan yang diterapkan Kelantan United nyata berjaya mengekang segala asakan Kedah sekali gus menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Kedah mengganakan serangan demi mencari gol. Usaha Kedah akhirnya membuahkan hasil apabila Ifedayo menjaringkan gol pada minit ke-54.

Ifedayo sekali lagi membuktikan beliau merupakan penyerang berbisa Liga Super selepas berjaya meledak gol kedua pada minit ke-74 hasil percubaan jarak dekat sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 memihak Kedah.

Advertisements

Serangan Kedah tidak berhenti di situ, mereka terus menyerang dan hasilnya pemain gantian, Amirbek Juraboev berjaya meledak gol ketiga Kedah pada minit ke-85 selepas merembat deras menewaskan Shahril Sa’ari.

Ketika perlawanan hampir ditamatkan dengan keputusan 3-0, pemain import Kelantan United, Ismaheel Akinade melakukan kejutan mencipta satu jaringan solo yang akhirnya menewaskan penjaga gol Kedah, Kalamullah Al-Hafiz.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan keputusan 3-1 memihak Kedah sekali gus menyaksikan Kedah berjaya mengekalkan kedudukan mereka di kedudukan keempat Liga Super. Untuk aksi seterusnya, Kedah bakal bertemu Kuching City FC pada 29 Julai manakala Kelantan United bakal bertemu PDRM FC pada 28 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram