Kedudukan Semasa JDT Setelah Tunduk Di Tangan Sanfrecce Hiroshima
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) terlepas peluang untuk kukuhkan tempat dalam carta AFC Champions League Elite (ACLE) selepas tewas di tangan jaguh Jepun, Sanfrecce Hiroshima.

Marcos Guilherme terlebih dahulu meletakkan JDT di depan seawal minit ke-3 apabila memanfaatkan kesilapan hantaran pertahanan Sanfrecce Hiroshima untuk gol pertama pelawat.

Malang buat JDT apabila pertahanan kiri JDT, Jonathan Silva dilayangkan kad merah selepas menepis bola di atas garisan gol sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat kem tuan rumah.

Tugasan itu mudah disempurnakan oleh Akito Suzuki pada minit ke-18 sebelum tandukan penyerang muda itu di awal babak kedua memberikan kemenangan 2-1 buat Sanfrecce Hiroshima.

Kedudukan terkini meletakkan JDT turun satu anak tangga ke tempat ke-7 selepas tumpas di tangan Sanfrecce Hiroshima dengan mengutip 8 mata setelah mengharungi 7 perlawanan.

Hal ini berpunca daripada kemenangan 1-0 Buriram United ke atas Chengdu Rongcheng untuk memintas JDT tatkala beberapa pasukan pencabar lain bakal bermain pada hari Rabu ini.

Dengan ini, tugas berat menanti JDT apabila wajib menang dalam aksi terakhir berdepan Vissel Kobe minggu hadapan untuk memastikan kedudukan mereka kekal di kelompok 8 pasukan terbaik.