Kedudukan Terkini Malaysia Selepas Pengumuman AFC
MakanBola
ANFA

Kedudukan Malaysia kini mengalami perubahan dalam carta Kumpulan H Kelayakan Piala Asia 2027 apabila pengumuman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dibuat.

Malaysia dihukum oleh Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC selepas didapati melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib & Etika AFC akibat menurunkan pemain tidak layak semasa dua aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Maka, dua kemenangan ketika mengatasi Nepal dan Vietnam kini dibatalkan serta AFC memutuskan Malaysia diisytiharkan kalah 3-0 bagi setiap perlawanan mengikut Artikel 25.1 Kod Tatatertib & Etika.

Pengumuman tersebut secara kiraan telah memadam hasrat Harimau Malaya untuk mara ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi apabila kedudukan Malaysia kini jatuh gara-gara penolakan 6 mata.

Kedudukan semasa menyaksikan Malaysia jatuh ke tangga kedua dengan mengumpul 9 mata, manakala Vietnam pula berada di puncak sambil meraih 3 mata untuk mengutip 12 mata.

Nepal pula naik satu anak tangga apabila memperoleh kemenangan percuma 3-0 ke atas Malaysia dan memintas Laos di kedudukan tercorot kumpulan H.

Harimau Malaya masih berbaki satu perlawanan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 ini apabila bakal terbang ke Nam Dinh untuk turun menentang Vietnam pada 31 Mac 2025.