Kegagalan Jurgen Klinsmann Adalah Kejayaan Park Hang-seo
Asia
JST/VFF
Advertisements

Seorang profesor Korea menyalahkan kegagalan Korea Selatan atas bahu ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann susulan gagal mengekalkan kerja berpasukan tatkala bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo cemerlang dalam aspek tersebut.

Yoon Sung-hak, seorang profesor di Universiti Korea telah membandingkan falsafah Park dan Klinsmann dalam catatan Facebooknya berikutan pergaduhan antara dua bintang Taeguk Warriors, Son Heung-min dan Lee Kang-in sebelum separuh akhir Piala Asia.

Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada prestasi pasukan apabila mereka tewas kepada Jordan sekaligus meranapkan impian pasukan untuk mara ke pentas akhir.

Advertisements

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) membuat keputusan untuk memecat Jurgen Klinsmann sebagai ketua jurulatih pasukan dan sambil menganggap beliau gagal mempamerkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan yang diharapkan daripada ketua jurulatih kebangsaan terutamanya dari aspek taktikal, pengurusan staf hingga sikap ketika bekerja.

Yoon berkata, walaupun terdapat perbezaan budaya dalam cara pemakanan diambil, Klinsmann tidak bimbang tentang cara meningkatkan dan mengekalkan kerja berpasukan.

“Seorang jurulatih yang tidak mengambil kira taktikal dan kerja berpasukan pada masa yang sama tidak boleh membawa kepada kemenangan, tidak kira betapa bagusnya pemain.”

Advertisements

Beliau juga sempat menyenaraikan tiga prinsip Park Hang-seo yang membantu mengukuhkan ikatan kerja berpasukan semasa menguruskan Vietnam.

“Pertama, semua ahli pasukan, termasuk dirinya perlu makan bersama dan menghabiskan hidangan pada masa yang sama. Kedua, mereka perlu memakai pakaian seragam dalam sebarang aktiviti pasukan, termasuk makan dan latihan dan ketiga, tiada sesiapa dibenarkan membawa telefon bimbit mereka semasa makan atau mesyuarat pasukan dan latihan.”

“Untuk membolehkan lebih daripada tiga puluh pemain dan jurulatih berlatih dengan berkesan, mereka tidak sepatutnya memikirkan apa-apa selain bola sepak semasa latihan.”

Advertisements

“Jika anda berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan, anda harus mengutamakan pasukan berbanding individu. Kami adalah satu pasukan. Kami perlu membantu antara satu sama lain dan menjadi satu pasukan,” ujar Yoon memetik laporan VNExpress.

Jurulatih berusia 69 tahun itu dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam pada Oktober 2017 dan menikmati kejayaan membanggakan selama lima tahun.

Vietnam muncul naib juara Kejohanan AFC B-23 2018, pemenang Piala AFF 2018, pasukan di tempat keempat Sukan Asia 2018, dan suku akhir Piala Asia AFC 2019.

Advertisements

Beliau turut membantu Vietnam memenangi dua pingat emas berturut-turut pada Sukan SEA 2019 dan 2021 serta membawa mereka ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2022.

Pengendali berpengalaman itu kini mengendalikan akademi bola sepak remaja yang terkenal di Hanoi dan baru-baru ini menjadi perunding kanan kepada Bac Ninh FC yang baru ditubuhkan di Divisyen Kedua Liga Bola Sepak Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram