Ads
Dunia
officialjohor

Pemain kelahiran Australia, Shane Lowry bakal jadi taruhan di benteng pertahanan Johor Darul Ta’zim dalam saingan AFC Champions League menentang Ghuanzhou Evergrande FC pada esok malam.

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun ini dijangka bakal menjadi tonggak penting pertahanan JDT selepas aksi cemerlangnya dalam beberapa perlawanan sebelum ini dalam saingan Liga Malaysia.

Advertisements

Bekas pemain Perth Glory FC berjaya mencatat tiga ‘cleansheet‘ dalam empat perlawananya bersama JDT musim ini.

Advertisements

Advertisements

Kekebalan serta keghairahannya di atas padang menjadi nadi keampuhan benteng pertahanan JDT untuk memberhentikan segala serangan yang dicipta oleh pihak lawan.

Dengan memiliki ketinggian 1.85 m serta saiz badan yang tegap mampu beri tentangan hebat buat pasukan lawan yang beraksi di saingan ACL.

Advertisements
Advertisements

Sudah menjejak usia 30-an, pengalaman beliau yang pernah beraksi di saingan ini musim lepas pastinya amat ditagih oleh jurulatih Benjamin Mora untuk memastikan tiada bolos berlaku dalam perlawanan pertama di pentas ACL musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram