Keharmonian Dalam Pasukan Rahsia Kecemerlangan Kedah FC
Dunia
Instagram: @kedahdarulamanfc
Advertisements

Kapten pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar telah mendedahkan rahsia kejayaan Kedah FC dalam satu sidang media sejurus tamat perlawanan terakhir liga super tempoh hari.

Pemain yang berusia 33 tahun ini menjelaskan bahawa pasukan Kedah FC berjaya mencorakkan satu hubungan yang baik antara pemain, barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan dalam saingan liga musim ini. Perkara itu sedikit sebanyak membantu dalam mencapai kejayaan buat pasukan.

“Sebelum ini kita akui pasukan Kedah jika bermain dalam satu kejohanan pastinya akan memberikan saingan yang sengit. Saya sendiri yakin dengan pasukan pada tahun ini kerana kami dapat membentuk pasukan dengan begitu harmoni.”

Advertisements

Ketika ditanya berkaitan saingan Piala Malaysia akan datang, Baddrol menyatakan bahawa Kedah FC sudah bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik. Baddrol turut berseloroh menyatakan kata-katanya pada malam tersebut merupakan rahsia kejayaan pasukan Kedah FC.

“Dalam pasukan, kami ada campuran pemain muda dan senior yang begitu hormat antara satu sama lain. Jadi saya mengharapkan keharmonian ini dapat diteruskan dalam kempen Piala Malaysia nanti. Ini Rahsia kami ni.”

Pemain tengah pasukan Kedah FC ini juga menegaskan bahawa keakraban dalam sesebuah pasukan itu perlu diteruskan. Bad turut memberitahu bahawa di dalam pasukan, ada seorang ‘Pak Lawak’ yang sentiasa menceriakan pasukan.

Advertisements

“Saya melihat kombinasi pemain senior dan ubi muda pasukan Kedah ini begitu akrab. Kami sebagai satu keluarga, kalau apapun yang terjadi dalam pasukan, kami akan berkumpul dan meminta pandangan antara satu sama lain.”

“Di dalam pasukan pun kami ada seorang pelawak. Dia akan menghiburkan kami, bagi pemain-pemain ni gelak. Jadi pasukan kami tidak ada sebarang tekanan, dalam training dan dalam perlawanan kami dah faham antara satu sama lain.”

Baddrol yang mesra disapa dengan panggilan Bad bersyukur dapat bersama dalam membantu kecemerlangan pasukan Kedah FC.

Advertisements

“Saya sendiri bersyukur dapat bermain dengan pasukan ini. Jurulatih kami, Coach Aidil juga cemerlang membentuk kami dengan penerapan nilai positif dalam pasukan.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram