Kejayaan Gemilang 3 Kelab Malaysia Lonjak MA Ranking ‘Potong’ Australia
Asia
MakanBola
JST/SFC/TFC
Advertisements

Kejayaan gemilang tiga wakil Malaysia di pentas Asia telah membantu kenaikan MA Ranking negara sekaligus memastikan Malaysia berjaya memintas Australia.

Kecemerlangan aksi yang dipamerkan oleh wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas membenam cabaran wakil Korea, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 membuka mata ramai pihak.

Advertisements

Prestasi tersebut menjadi tonik buat dua wakil Malaysia di pentas Piala AFC, Terengganu dan Sabah FC apabila masing-masing turut cemerlang memungut tiga mata.

Anak didik Tomislav Steinbruckner mempamerkan persembahan memukau untuk membenam wakil Filipina, Stallion Laguna.

Advertisements

Sabah yang berada di bawah kendalian Ong Kim Swee berjaya menebus kekecewaan tewas di gelanggang lawan apabila membelasah Hai Phong dengan keputusan 4-1.

Kemenangan bersih wakil Malaysia di pentas Asia ini telah melonjakkan kedudukan MA Ranking Malaysia ke tangga yang lebih baik.

Advertisements

Malaysia Naik Ke Tangga 11 Di Asia

Kejayaan bermakna JDT memastikan kedudukan Malaysia dalam carta AFC MA Ranking naik ke tangga 11 di Asia menurut kemas kini terbaru oleh Footy Rankings.

Untitled design 19 Kejayaan Gemilang 3 Kelab Malaysia Lonjak MA Ranking 'Potong' Australia

Kedudukan ini juga memastikan bahawa Malaysia merapatkan kedudukan dengan pasukan ke-10 Asia, Iraq dengan 33.354 mata.

Advertisements

Malaysia Pintas Australia, Kini Ke-5 Di Asia Timur

Kedudukan semasa menyaksikan Malaysia kembali memintas posisi Australia untuk menghuni tangga ke-5 carta MA Ranking di Asia Timur.

Untitled design 20 Kejayaan Gemilang 3 Kelab Malaysia Lonjak MA Ranking 'Potong' Australia

Hasil purata mata oleh JDT, Terengganu dan Sabah memberikan tambahan +3.889 mata kepada Malaysia untuk menjadikan mata keseluruhan menjadi 29.007 mata.

Advertisements

Malaysia bagaimanapun dipisahkan agak jauh dengan negara di tangga ke-4 iaitu Thailand (47.212), China di tangga ke-3 (52.097) mata.

News Comments Account