Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mara ke pusingan 16 terbaik dalam saingan berprestij di Asia ini menceritakan segala-galanya.

Sepanjang 6 aksi peringkat kumpulan, pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ) ini telah mencatatkan rekod 4 kemenangan, 1 seri dan hanya sekali tewas.

Ini juga termasuk menewaskan bekas juara ACL 2020, Ulsan Hyundai sebanyak dua kali dengan agregat 4-2 secara keseluruhannya dan mengikat pendahulu Liga Jepun, Kawasaki Frontale selain membelasah Guangzhou FC dilihat telah membuka lembaran baharu buat perjalanan bola sepak Harimau Selatan dan juga Malaysia.

Advertisements

Persembahan luar biasa yang ditampilkan oleh juara bertahan Liga Super dalam pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini telah meletakkan penanda aras baharu buat kelab-kelab di Malaysia.

Lenadro Gol Kejayaan JDT Adalah Kejayaan Buat Malaysia
Johor Southern Tigers

Keyakinan, ketenangan dan juga kebersamaan yang ditunjukkan oleh para pemain Benjamin Mora mencerminkan mentaliti mereka sebagai satu unit yang sangat utuh.

Tanpa menoleh ke belakang, JDT menujukkan komitmen yang sangat baik dalam kejohanan ini menerusi pencapaian demi pencapaian di pentas ini sekaligus menjadikan mereka sebagai juara kumpulan I kali ini.

Advertisements

Jika ditinjau dari pelbagai sudut, pencapaian JDT ini bukan sahaja memberi impak kepada pungutan mata semata-mata, malah ianya juga telah membuka sudut pandang yang baru kepada negara-negara Asia yang lain tentang apa yang boleh ditawarkan oleh kelab di Malaysia.

Johor Southern Tigers

1. Melonjakkan kedudukan Malaysia dalam ranking pertandingan kelab AFC

Antara salah satu impak positif hasil kemenangan ini adalah ia meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking pertandingan kelab AFC.

Advertisements

Kemenangan besar menentang Guangzhou FC telah membawa Malaysia untuk naik lima anak tangga ke tempat ke-16 dalam benua dan ke-7 di Asia Timur.

Walau bagaimanapun, kemenangan menentang jaguh Korea, Ulsan Hyundai dan seri menentang Kawasaki Frontale sememangnya membawa dimensi baharu bola sepak Malaysia.

Perjalanan gemilang ini diteruskan dengan menambah dua lagi koleksi kemenangan ke atas Guangzhou FC dan juga Ulsan Hyundai dalam dua aksi terakhir sekaligus melonjakkan lagi kedudukan Malaysia.

Advertisements

Hal ini disebabkan, kemenangan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC memberikan Malaysia 13 mata berharga sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-10 secara keseluruhannya.

Footy Ranking

Malaysia sebelum ini berada di tangga ke-21 sebelum rekod 4 kemenangan JDT ini telah mengubah haluan dan menaikkan kedudukan Malaysia dengan begitu mendadak.

Pencapaian ini telah membantu untuk memperbaiki kedudukan Liga Malaysia dan naik ke tangga ke-4 Asia Timur kerana sebelum ini berada hanya pada kedudukan ke-7.

Usaha keras JDT ini telah membantu Malaysia untuk mengatasi kedudukan negara-negara seperti Thailand, Vietnam dan juga China selain berada hampir dengan Hong Kong dan juga Korea.

Footy Ranking

Kini, Liga Malaysia ialah ’King’ di ASEAN.

2. Meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA

Pencapaian yang dilakukan oleh JDT di peringkat kelab juga secara tidak langsung mampu untuk memberi impak kepada kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.

Pungutan mata yang diperoleh menerusi rentetan kemenangan ini juga amat penting untuk memperbaiki kedudukan Malaysia secara keseluruhannya dalam usaha untuk terus melonjak dari semasa ke semasa.

Ini juga untuk memperbaiki reputasi Malaysia umumnya dan juga JDT dan kelab-kelab yang mewakili negara agar tidak dipandang sebelah mata dalam kejohanan ini.

Kemenangan yang diraih menentang Ulsan Hyundai petang ini menjadikan JDT telah pun memungut 21. 450 mata secara keseluruhannya sekaligus membantu Malaysia untuk merekod 35.020 mata ketika ini..

Utusan.com

3. Membuka peluang kepada kelab Malaysia yang lain untuk mendapatkan slot ACL

Usaha JDT untuk tampil dengan lebih progresif selain mata yang dikumpul pada tahun-tahun sebelumnya secara automatiknya telah memastikan satu slot langsung ke Liga Juara-Juara AFC selain dua slot langsung ke Piala AFC untuk Malaysia tahun 2022 dan 2023.

Penglibatan JDT di pentas tertinggi Asia ini juga telah memberikan Malaysia satu slot Kelayakan ACL selain satu kemasukan langsung ke peringkat kumpulan Piala AFC dan satu slot kelayakan Piala AFC yang tidak berlaku sebelum ini.

Kini, selepas beraksi cemerlang selain memungut 13 mata secara keseluruhan dalam saingan peringkat kumpulan, Malaysia bakal ditawarkan dua slot automatik ACL pada tahun 2024/2025 sementara dua lagi slot kelayakan turut diberikan kepada pasukan negara.

Penambahan mata hasil kemenangan petang tadi juga membuka lembaran baharu dalam arena bola sepak di Malaysia untuk melihat lebih banyak kelab Malaysia dalam pertandingan AFC pada tahun 2024 nanti.

Johor Southern Tigers

4.Memberi peluang kepada lebih ramai pemain Malaysia beraksi di luar negara.

Pendedahan yang diterima dalam pentas sebesar AFC Champions League ini amat penting terutamanya kepada para pemain tempatan dalam usaha untuk mengembangkan karier mereka di luar negara.

Beraksi menentang pasukan yang mempunyai reputasi yang lebih besar di rantau ini pastinya sukar namun sekiranya para pemain memberikan yang terbaik, tidak mustahil khidmat mereka bakal ditagih kelab-kelab gergasi di Asia.

Malah, pasukan Harimau Selatan dilihat memberi ruang dan peluang yang seimbang kepada para pemain tempatan yang sedia ada untuk mendapatkan minit permainan bersama pasukan.

Kelibat para pemain tempatan seperti Haziq Nadzli dan juga Izham Tarmizi yang membuat kemunculan untuk beraksi di pentas tertinggi ini selain barisan pertahanan juga dikemudi oleh pertahanan kebangsaan iaitu Shahrul Saad, Matthiew Davies dan juga Corbin Ong membuktikan JDT berjaya menghasilkan para pemain yang berkualiti tinggi.

Johor Southern Tigers

Bukan itu sahaja, jentera tengah pasukan yang sering menampilkan kelibat seperti Natxo Insa, Afiq Fazail, Nazmi Faiz, Hong Wan, Syamer Kutty selain kepulangan lagenda kelab, Safiq Rahim juga merancakkan lagi cabaran JDT dalam saingan kali ini.

JDT yang dilimpahi oleh bakat tempatan di bahagian sayap dengan nama-nama seperti Arif Aiman, Safawi Rasid, dan juga Ramadhan Saifullah telah pun membuat kemunculan ketika menentang Guangzhou FC dan juga Ulsan Hyundai selain menjadi watak penting untuk merantai Kawasaki Frontale menunjukkan kaliber pemain tempatan dalam skuad ampuh ini.

Konsistensi dan kemampuan para pemain ini sudah pasti diintai oleh kelab-kelab luar negara selepas berjaya mengejutkan jaguh Korea sebelum ini bagi mendapatkan tandatangan mereka.

Johor Southern Tigers

Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh JDT ini dtatangnya dari kerja keras yang telah diusahakan sejak sekian lama.

Kini, mereka telah pun membuktikan bahawa kelab dari Malaysia juga mampu untuk memberikan saingan yang sangat kompetitif jika mempunyai pengurusan dan organisasi kelab yang amat baik bermula dari pucuk pimpinannya.

Usaha Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menjulang JDT di mata dunia sedang melalui fasa yang sangat baik dan tidak mustahil, dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa, Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti akan mendapat kejayaan yang diidamkan.

Johor Southern Tigers
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram