Kekangan Kewangan Bantutkan Impian Kedah Dapatkan Sony Norde
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Umum mengetahui bahawa pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melalui perjalanan yang agak sukar pada musim ini. Ramai yang tidak menyangka apatah lagi mereka memulakan kempen musim ini dengan tiga kemenangan berturut-turut.

Musim ini juga menyaksikan beberapa pemain penting musim lepas tidak dikekalkan seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Kpah Sherman.

Satu sesi dialog bersama kelab penyokong pasukan Kedah telah diadakan semalam dengan ianya dihadiri oleh wakil-wakil 16 kelab penyokong. Ada beberapa intipati yang berjaya dirungkai hasil sesi dialog tersebut.

Advertisements

Dalam satu muat naik di laman Facebook salah satu kelab penyokong yang menamakan diri mereka, Kedahan Green Yellow. Mereka menjelaskan situasi berkenaan persediaan musim ini termasuk situasi terkini masa depan Aidil Sharin sebagai pengendali.

“Sebenarnya Coach (Aidil Sharin) sudah mencapai KPI yang telah ditetapkan kepada dia. Benda ni coach sendiri tunjuk. Coach kalau boleh nak kekalkan lebih kurang 2 pemain core tahun lepas. Macam Baddrol Bakhtiar,Rizal Ghazali, Tchetche Kipre atau Kpah Sherman.

Coach ada mintak kalau boleh nak dapatkan Sony Norde dan Manuel Ott tapi tak dapat ditunaikan oleh pihak pengurusan atas kekangan kewangan. Duit yang ada terpaksa dipecah untuk bayar hutang lama KWSP dan LHDN.

Advertisements

Coach dan barisan kejurulatihan lain pon struggle sebenarnya nak membentuk lebih kurang 70% pemain baharu yang masuk dalam pasukan.Tambah pula dengan keadaan pemain yang cedera, kena penyakit dan dengan barisan pemain yang muda,” dedah Kedahan Green Yellow dalam laman facebook mereka.

Kedah kini berada di tangga ke-8 Liga Super dengan mengumpul 17 mata daripada 13 perlawanan yang dilalui. Pada musim lepas, Kedah menamatkan saingan liga dengan kedudukan naib juara di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram