Kelab Asia Masih Berpeluang Sambar Sergio Ramos
Transfer
@sergioramos
Advertisements

Bek tengah veteran Sepanyol, Sergio Ramos dilaporkan masih menunggu tawaran dari Arab Saudi sebelum menimbang mana-mana tawaran kontrak dari Eropah.

Football Espana melaporkan selepas bergelar ejen bebas, bekas kapten Real Madrid itu dikaitkan dengan pelbagai perpindahan tetapi semuanya tidak menjadi kenyataan.

Antara kelab yang dikaitkan dengan Ramos ialah Sevilla, Boca Juniors (Argentina), America (Mexico) dan kelab-kelab Major League Soccer (MLS).

Advertisements

Bagaimanapun, minat semua kelab ini tidak diterjemah secara konkrit kerana semua mengakui tidak boleh memenuhi tuntutan gaji Ramos. Hal ini diakui sendiri presiden kelab America, Santiago Banos kepada akhbar Marca.

Walaupun kini berusia 37 tahun, Ramos masih mampu beraksi sebagai bek tengah dengan syarat beliau sudah cergas sepenuhnya. Selain itu, dengan tuntutan gaji yang tinggi, hanya beberapa kelab saja di dunia yang mampu menggunakan khidmat beliau.

Begitupun, ada menjangkakan penantian tersebut sudah dihentikan. Ini kerana AS melaporkan kelab Super Lig Turki, Galatasaray berminat mendapatkan Ramos.

Advertisements

Sekiranya minat ini diterjemah dalam bentuk tawaran kontrak, bekas bek tengah Sevilla itu bakal menyertai Mauro Icardi dan Wilfred Zaha sebagai pemain terbaru kelab berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram