Ads
ACL
Johor Southern Tigers

Semua mata kini tertumpu kepada persembahan mengagumkan yang ditampilkan oleh perancang tengah berbakat Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muñiz di pentas bola sepak Asia.

Advertisements

Pemain berusia 31 tahun itu melakukan debut bersama Harimau Selatan di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang Kawasaki Frontale tempoh hari.

Advertisements

Beliau berjaya menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Leandro Velazquez dengan cukup baik apabila diberikan peranan sebagai perancang utama pasukan.

Advertisements

Advertisements

Bintang kelahiran Argentina itu jelas mampu membawa cabaran pasukan apabila beraksi cemerlang berdepan gergasi Jepun di Stadium Sultan Ibrahim.

Terbaru, berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh ACL, Juan Muniz menjadi pemain paling banyak melakukan gelecekan sempurna pada aksi pembukaan di pentas berprestij Asia tersebut.

Advertisements

Bekas pemain Sporting Gijon itu merupakan pemain paling cemerlang melakukan gelegecekan dengan 6 kali dan berada di tangga pertama.

Menurut cacatan statistik oleh Sofa Score pula, Muniz merupakan pemain paling cemerlang buat JDT di atas padang sepanjang 90 minit permainan.

Beliau beraksi selama 90 minit, melakukan 68 sentuhan, 7 hantaran lintang dan 5 hantaran jauh sempurna.

Muniz juga memenangi 8 pertarungan bola di atas padang dan merekodkan tiga hantaran penting untuk mencipta peluang menjaringkan gol.

JDT yang baru sahaja dinobatkan selaku juara Liga Super 2023 akan terbang ke Thailand bagi menghadapi aksi kedua ACL menentang BG Pathum.

Advertisements

JDT juga berpeluang menjulang treble pada musim ini selepas melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram