Kelab Iraq Sambar Bintang Liga Super Malaysia
Transfer
Kuching City FC
Advertisements

Kualiti pemain yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M) terutama Liga Super terus menarik perhatian kelab luar.

Salah seorang bintang yang mencuri perhatian ialah pemain tengah menyerang Brazil dan Kuching City FC, Bruno Dybal.

Dybal tidak lagi bersama The Cats kerana telah menerima tawaran kelab Iraq, Al-Karma. Perpindahan beliau diumumkan di Instagram peribadinya beberapa hari yang lalu.

Advertisements

“Babak baru! Saya gembira berada di sini! Bersyukur kepada Tuhan untuk peluang yang besar ini!!” katanya.

Sebaik berita itu muncul di media sosial, ramai rakan dan kenalan mengucapkan selamat berjaya kepada Dybal di kelab barunya itu.

Advertisements

Antara yang berbuat demikian ialah penjaga gol Kuching City, Shaiful Wazizi Mohamad, bek tengah Kelantan United FC, Yan Victor dan jurulatih lama beliau di Persikabo, Djadjang Nurdjaman.

Al-Karma merupakan sebuah kelab Iraq yang beraksi dalam Iraqi Premier Division League (divisyen dua Iraq).

Advertisements

Bisa Dybal diharap dapat memacu pasukan itu layak ke Iraq Stars League (divisyen utama bola sepak Iraq) pada musim hadapan. Ketika ini, Al-Karma menduduki tangga pertama Kumpulan 1 liga dengan 11 mata.

Dybal mencipta impak besar bersama The Cats sejak menyertai kelab itu dalam tetingkap perpindahan kedua Liga M musim 2023.

Advertisements

Walaupun sempat merekodkan 11 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Challenge Cup, beliau telah mencipta empat gol. Bisanya sebagai peledak membantu Kuching City bergelar naib juara Challenge Cup musim 2023.

Ketiadaan Dybal menandakan lebih banyak rombakan bakal dilakukan pengendali The Cats, Aidil Sharin Sahak bagi membentuk pasukan yang lebih mantap musim depan.

Setakat ini, hanya Rodney Celvin yang sah bakal beraksi untuk Kuching City untuk musim 2024-2025.

The Cats turut mengekalkan pemain import Jepun, Yuki Tanigawa dengan kontrak baru sehingga tahun 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram