Kelab K-League 1 Sambar Pratama Arhan
Transfer
PSSI
Advertisements

Selepas meninggalkan kelab J2 League, Tokyo Verdy pada penghujung tahun lepas, bek kiri Indonesia, Pratama Arhan akan terus beraksi di Asia.

Ini selepas pemain pertahanan berusia 22 tahun itu sah menyertai kelab baru K-League 1, Suwon FC.

Perpindahan tersebut diumumkan kelab K-League 1 itu hari ini. Ini menjadikan Arhan sebagai pemain Indonesia kedua beraksi di Korea Selatan selepas kapten Tim Garuda, Asnawi Mangkualam.

Advertisements

“Pemain Indonesia (Pratama) Arhan ketika ini beraksi di Piala Asia sebagai sebahagian daripada teras pasukan kebangsaan Indonesia!

“Kami dengan ikhlas mengalu-alukan kehadiran Arhan yang bakal mempertahankan Suwon! Ini satu penghormatan untuk bersama Arhan! Selamat datang ke Suwon FC!” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Selepas meninggalkan Tokyo Verdy, ejennya, Dusan Bogdanovic mendedahkan beliau telah mencapai persetujuan lisan dengan sebuah kelab asing.

Advertisements

Walaupun identiti kelab tersebut tidak didedahkan, ramai peminat bola sepak Indonesia sudah menghidu kelab tersebut ialah Suwon FC. Ini kelab ketiga Arhan selepas Tokyo Verdy dan PSIS Semarang.

Suwon menghabiskan kempen K-League 1 musim 2023 di kelompok terbawah liga. Malah, mereka perlu memenangi perlawanan play-off penyingkiran dengan Busan I-Park untuk kekal dalam liga musim depan.

Beliau kini bersama skuad Indonesia bagi menggalas cabaran ke Piala Asia 2023. Arhan beraksi dalam aksi pembukaan Kumpulan D membabitkan Tim Garuda dan Iraq yang berkesudahan dengan kemenangan 3-1 Iraq.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram