Advertisement
Kelab Liga India Berminat Dapatkan Bintang Terengganu
Transfer
MakanBola
Terengganu FC/Fadhirul Shuhaimi

Pemain-pemain Terengganu kini sedang hangat bagai ‘pisang goreng’ apabila dikaitkan dengan pelbagai khabar angin menjelang perpindahan musim hadapan.

Terbaru, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkongsi berita berkenaan sebuah kelab di Liga India berminat untuk menandatangani pemain sayap kiri Terengganu FC, Sony Norde.

“Sony Norde akui ada terima tawaran dari sebuah kelab gergasi di Liga Super India namun berhasrat untuk kekal beraksi di Liga Malaysia musim depan”, tulisnya di laman X milik beliau.

Meskipun khidmat pemain berusia 34 tahun ditagih kelab India tersebut, namun beliau menyimpan hasrat untuk terus beraksi di Malaysia pada musim hadapan.

Sony Norde bukanlah nama asing lagi dalam kancah Liga Malaysia memandangkan beliau sudah beraksi di sini sejak 2020 dengan mewakili Melaka United sebelum berhijrah ke Terengganu pada awal musim ini.

Beliau juga pernah beraksi di Liga India bersama dua kelab besar di sana iaitu Mohun Bagan dan Mumbai City sejak tahun 2014 sehingga tahun 2019.

Pada musim ini, beliau berjaya menjaringkan 9 gol dan mencipta 13 bantuan jaringan dalam semua pertandingan selain membawa terengganu bergelar naib juara Piala Malaysia.