Kelab Qatar Tak ‘Layan’ Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola
Advertisements

Hasrat Malaysia untuk mengadakan aksi persahabatan kedua berdepan sebuah kelab di Qatar tidak kesampaian apabila difahamkan kelab itu menolak peluang yang diberikan.

Harimau Malaya berangkat lebih awal ke Qatar sebagai persiapan menjelang sepak mula Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada 13 Januari 2024.

Advertisements

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon pada awalnya dijadualkan berdepan Arab Saudi namun ditolak pada saat akhir.

Hal ini difahamkan selepas keengganan ketua jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini yang mengelak untuk bertemu Malaysia kerana yakin skuad negara mampu bertemu dengannya pada pusingan kalah mati kelak.

Advertisements

Keadaan ini memaksa Malaysia hanya memiliki satu lawan sebagai persiapan ke Piala Asia setelah layak secara merit selepas 43 tahun iaitu bertemu pasukan ke-91 dunia, Syria.

Advertisements

Usaha untuk mencari satu lagi lawan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan Presidennya iaitu Dato’ Hamidin Mohd Amin.

Usaha itu akhirnya terencat selepas laporan daripada HarimauMyStats memaklumkan bahawa usaha

Advertisements

“Rancangan FAM untuk mengadakan perlawanan persahabatan bertemu kelab Qatar tidak berjaya. Harimau Malaya akan bermain satu sahaja perlawanan persahabatan bertemu Syria sebelum bermulanya Piala Asia,” ujar laman tersebut.

Malaysia bakal membuka langkah pertama di Piala Aaia 2023 berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan dengan misi melakar kemenangan pertama sejak tahun 1988.

Advertisements

Kim Pan-gon bagaimanapun sudah menyatakan bahawa beliau akan menggunakan satu aksi itu sebaik mungkin untuk membentuk keserasian pemain.

Advertisements

News Comments Account