Roberto Mancini Yakin Malaysia Mampu Lepasi Peringkat Kumpulan Piala Asia
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini yakin dengan kemampuan Malaysia untuk melepasi halangan pada peringkat kumpulan di Piala Asia.

Menerusi satu kenyataan oleh Asean Football, hasrat Harimau Malaya untuk berdepan pasukan ke-56 dunia itu terhenti selepas Arab Saudi difahamkan telah membuat keputusan untuk bertemu tiga negara lain iaitu Lubnan, Palestine dan Hong Kong.

Keadaan ini difahamkan apabila bekas jurulatih Manchester City itu sendiri yang membuat keputusan untuk tidak bertemu dengan Harimau Malaya sebelum Piala Asia bermula.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian oleh wartawan terkemuka, Nazreen Arif, beliau memaklumkan bahawa keputusan jurulatih kelahiran Itali itu susulan ramalan awalnya bahawa Malaysia mampu melepasi saingan peringkat kumpulan di Piala Asia.

“Aksi persahabatan Malaysia berdepan Arab Saudi terpaksa dibatalkan atas permintaan ketua jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini.”

“Mancini mencongak Arab Saudi berkemungkinan bertemu Harimau Malaya pads pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023.”

Advertisements

Beliau juga memaklumkan bahawa Malaysia kini sedang mencari pengganti setara dengan Arab Saudi bagi mempersiapkan pasukan menjelang kejohanan berprestij tersebut.

“FAM sedang berusaha mencari pengganti,” ujarnya.

Malaysia kini dalam momentum cemerlang apabila meraih tambahan +26.1 mata FIFA pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia.

Advertisements

Kebolehan skuad kebangsaan kini dipandang tinggi oleh negara lain susulan hantaran apresiasi yang dibuat oleh laman FIFA dan AFC baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram