Piala Asia 2023 Akan Disiarkan Secara Langsung Di RTM
Bisnes
Aima/MakanBola
Advertisements

Khabar gembira buat para peminat bola sepak tempatan apabila RTM bakal menyiarkan Piala Asia 2023 secara langsung.

Perkara ini disahkan oleh Farhan Zulkefly yang merupakan Setiausaha Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil di laman X miliknya.

“Piala Asia akan disiarkan di RTM bermula 12 Januari 2024”, tulis beliau sambil menyebut akaun Fahmi Fadzil di kapsyen ciapan tersebut.

Advertisements

Pengumuman ini pasti melegakan para peminat bola sepak tempatan yang mahu menonton aksi Malaysia di pentas Piala Asia ditayangkan secara percuma di RTM.

Bahkan dengan pengumuman ini juga, aksi-aksi negara lain turut bakal ditayangkan dan dapat ditonton oleh para peminat bola sepak.

Advertisements

Rakyat Malaysia sudah semestinya tidak sabar untuk menantikan aksi Harimau Malaya di pentas tertinggi Asia itu memandangkan kali terakhir Malaysia layak adalah pada edisi 2007.

Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon bakal turun memulakan aksi pada awal pagi 16 Januari berdepan Jordan di Stadium Al-Janoub.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram