Kelantan Buru Bekas Bintang Lincah Harimau Muda

Twitter @Saarvindran Kelantan Buru Bekas Bintang Lincah Harimau Muda
@Saarvindran
Azim Noor @mohdazim45
7:19pm 07/07/2023

Selepas berjaya menyelesaikan isu sekatan perpindahan, Kelantan FC kini sibuk memburu pemain baru. Dan difahamkan, mereka kini memburu bekas pemain sayap Harimau Muda, D. Saarvindran.

Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran. Tetapi Kelantan FC dijangka berdepan saingan bagi mendapatkan pemain sayap lincah itu.

Saarvindran dijangka boleh menambah ketajaman serangan dari bahagian sayap. Begitupun, isu kecergasan bekas pemain Sri Pahang ini harus diberi perhatian pengurusan Kijang.

Ini kerana selepas kelab terakhirnya, PJ City FC tidak lagi beraksi di Liga Super, Saarvindran tidak beraksi dengan mana-mana kelab dalam tempoh enam bulan.

Justeru, tahap kecergasan Saarvindran perlu dinilai terlebih dahulu sebelum sebarang tawaran kontrak diberi kepadanya.

Selain Harimau Muda dan PJ City FC, beliau juga pernah beraksi untuk Sri Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC II, Terengganu FC dan Penang.