Kelantan Cipta Sejarah Tragis Liga Super
Liga Super
MakanBola
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC terus menderita sementara menunggu tamat saingan Liga Super musim ini selepas tewas dengan bolos yang besar sekali lagi, kali ini tewas 0-7 kepada Sabah FC pada aksi di Stadium UITM Shah Alam sebentar tadi.

Beraksi dengan barisan pemain yang cetek pengalaman di pentas tertinggi, Kelantan melepaskan tiga gol di separuh masa pertama dan empat gol lagi di separuh masa kedua.

Advertisements

Dengan kekalahan besar itu, ini menandakan Kelantan sudah dibolosi 102 gol untuk saingan Liga Super 2023 dan mereka mencipta sejarah tragis Liga Super apabila menjadi pertama yang dibolosi lebih 100 gol untuk satu musim.

Kekalahan terbesar yang direkodkan Kelantan bagi saingan Liga Super musim ini adalah apabila berdepan Selangor FC pada 25 Ogos yang lalu. Mereka tewas 2-11 kepada Selangor.

Manakala kali terakhir Kelantan mencipta kemenangan adalah 9 Ogos lalu apabila berjaya mengejutkan Negeri Sembilan FC dengan kemenangan 2-0. Selepas itu, tiada kemenangan berjaya dicatatkan anak buah Alfredo Vera itu.

Advertisements

Kelantan bakal berdepan tugasan getir sekali lagi apabila dijadualkan bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 26 November ini.

Advertisements

News Comments Account