Kelantan Darul Naim Ada Sebab Kekal Guna Logo Lama Pada Jersi
Liga Super
Kelantan United FC
Advertisements

Kelantan Darul Naim kini menjadi wajah baharu pasukan yang dulunya dikenali sebagai Kelantan United bagi mengharungi musim 2024/25 akan datang.

Pembaharuan Kelantan Darul Naim bertujuan untuk menyatukan semula penyokong Kelantan di bawah satu panji kebanggaan negeri iaitu Kelantan Darul Naim setelah menerima kelulusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan First Instance Body (FIB).

Namun terdapat tanda tanya dalam kalangan penyokong Kelantan Darul Naim mengenai penggunaan logo pasukan tersebut yang masih menggunakan logo lama walaupun telah mengumumkan penggunaan logo baharu serta penukaran nama pasukan.

Advertisements

Rakan penaja Kelantan Darul Naim, PUC Sport telah memberikan penjelasan mengenai isu tersebut dalam sebuah hantaran di laman media sosial Tik Tok milik mereka.

Menurut PUC Sport, penggunaan logo lama itu hanyalah terpakai untuk baju latihan sahaja buat masa ini dan pasukan akan menggunakan logo baharu pada jersi musim 2024/25 kelak.

“Baju yang menggunakan logo lama ini hanya untuk latihan saja. Ini bukan baju rasmi Kelantan Darul Naim. Jersi baharu Kelantan Darul Naim akan menggunakan logo baharu kelab.” ujar PUC Sport.

Advertisements

Sebelum ini Kelantan Darul Naim telah menerima suntikan penajaan jersi dan kit berjumlah RM600,000 daripada PUC Sport untuk musim 2024/25 dan turut melantik Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram