Advertising
Kelantan DN Bawa Pulang Fikri Che Soh
Transfer
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memantapkan bahagian penjaga gol mereka dengan merekrut Mohd Fikri Che Soh.

Sebelum ini, penjaga gol berusia 26 tahun itu menjadi pemain kedua meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas pemain tengah Bahrain, Habib Haroon.

Ad

Pemergian Fikri disahkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka baru-baru ini.

Ad

Kini, bekas penjaga gol Kelantan FC itu kembali ke negeri kelahirannya untuk menabur bakti bersama Kelantan DN. Fikri bukan asing dengan Kijang Emas kerana pernah bersama pasukan itu selama dua musim semasa ia dikenali sebagai Kelantan United FC.

“Kelantan Darul Naim FC membawa pulang semula Fikri Che Soh dari Kedah Darul Aman FC pada perpindahan kedua Liga Malaysia 2024/25.

Ad

“Fikri merupakan pemain Kelantan Darul Naim FC (Kelantan United FC) selama dua musim dalam saingan Liga Premier sebelum berhijrah ke Kedah pada 2023.

Ad

“Kepulangan semula Fikri akan memberi nilai tambah pada senarai pemain sekaligus bakal memberi cabaran kepada tiga lagi penjaga gol yang lain untuk merebut posisi nombor satu Sang Kijang Emas,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Ad

Fikri dilihat sebahagian daripada empat pemain yang menyertai Kelantan DN dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.