Advertising
Kelantan FC Dapat CEO Baharu
Liga Super
MakanBola
TRW Kelantan FC

Pasukan Kelantan FC mendapat suntikan semangat hari ini menerusi perlantikan Ahmad Muzakkir Hamid sebagai CEO baru pasukan.

Pengumuman perlantikan ini dibuat The Red Warriors menerusi laman media sosial rasmi mereka. Muzakkir bukanlah asing dalam arena bola sepak Kelantan kerana beliau merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Usahawan Persekutuan Alumni UiTM (PAUiTM) Malaysia.

Ad

Graduan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam turut berperanan membantu pemilik Kelantan ketika ini, Norizam Tukiman atau Zamsaham memuktamadkan pemilikan pasukan pada 2020.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)

Perlantikan Muzakkir diharap bukan saja memperkukuh tadbir urus The Red Warriors. Malah, ini diharap dapat membantu pasukan memperkukuh kedudukan kewangan mereka agar lebih stabil.

Ad
Ad

Di media sosial, ramai memuji perlantikan Muzakkir sebagai CEO baru pasukan. Mereka percaya kehadiran beliau bakal melicinkan tadbir urus kelab agar menjadi lebih bagus pada masa akan datang.

Ad