Kelantan FC Pasukan Terbaik Pemain B-21
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Walaupun berdepan pelbagai kemelut musim 2023, Kelantan FC dilabel pasukan terbaik buat pemain-pemain berusia bawah 21 tahun.

Ini berdasarkan satu analisis yang dibuat penganalisis data bola sepak Atlead Pass di akaun X beberapa jam lepas.

Berdasarkan analisis yang dibuat, pemain B-21 Kelantan mendapat minit permainan sebanyak 4,800 minit. Ini mengatasi Perak FC di tangga kedua dengan 3,600 minit permainan.

Advertisements

Menariknya, minit permainan yang tinggi ini disumbang oleh majoriti pemain muda membarisi kesebelasan utama kedua-dua pasukan itu.

Selangor FC menduduki tempat ketiga dengan 2,800 minit. Kebanyakan minit permainan ini disumbang oleh trio pemain B-23 kebangsaan iaitu Mukhairi Ajmal, Zikri Khalili dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Sementara Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pula di tempat keempat dengan 2,000 minit. Kebanyakan minit ini disumbang oleh pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi.

Advertisements

Ini disebabkan Arif menjadi tonggak utama pasukan yang dibimbing Tano Solari itu di bahagian serangan. Beliau telah menjaringkan 13 gol dan 14 bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk ACL.

Negeri Sembilan FC melengkapkan senarai lima pasukan ini dengan 1,960 minit permainan. Ia banyak disumbang oleh Sikh Izhan Nazrel sebagai penjaga gol utama skuad Rusa.

Sikh Izhan membuat 25 penampilan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dan tidak dibolosi sebanyak tiga kali.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram