“Kelantan Nama Besar, Setiap Aksi Perlu Menang” -Khairul Fahmi
Liga Super
Kelantan FA
Advertisements

Bekas penjaga gol Kelantan FC, Khairul Fahmi Che Mat mengakui satu perasaan besar beraksi bersama pasukan Pantai Timur itu dengan harapan yang luar biasa untuk mencatatkan kemenangan setiap kali diturunkan.

Menerusi satu perkongsian di audio siar Zamir Selamat, pemain berusia 34 tahun itu berkongsi perjalanan gemilang dalam kariernya selepas mencatat nama selaku lagenda bola sepak The Red Warriors.

Bekas penjaga gol kebangsaan ini memberitahu bahawa aspek disiplin perlu diterapkan dalam setiap pemain bola sepak untuk berjaya.

Advertisements

Mengulas lanjut, pemain yang mesra disapa Apek ini sempat berkongsi kisah suka dan dukanya bersama pasukan negeri kelahirannya itu selain berjaya menjulang beberapa trofi bermakna bersama mereka.

Khairul Fahmi juga mengakui perasaan beraksi bersama Kelantan amat berbeza kerana kelab itu mempunyai sejarah dan penyokong yang cukup luar biasa.

“Cabaran beraksi di Kelantan adalah namanya yang besar. Kita tahulah di Malaysia penyokongnya juga memang fanatik. Setiap kali beraksi itu memang kena menang.”

Advertisements

“Perasaan inginkan kemenangan itu membuatkan kita rasa sedikit tertekan. Kalau kalah kita akan terfikir bagaimana nak hadapi masyarakat dan orang sekeliling,” jelasnya kepada Zamir Selamat Channel.

Aura berbeza yang ditonjolkan oleh penyokong setia Kelantan FC juga memberikan semangat namun beliau mengakui kadangnya ia memberi sedikit tekanan.

Beliau ketika ini beraksi buat Sabah FC dan berjaya membantu pasukan untuk layak beraksi di Asia musim ini.

Advertisements

Sepanjang karier beliau, Khairul Fahmi sudah beraksi bersama beberapa pasukan antaranya PKNS, Kelantan, Melaka United dan Sabah FC.

Kali terakhir beliau beraksi buat Malaysia ketika membantu pasukan di AFF Mitshubishi Electric Cup 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram