“Kelantan Perlu Terima Hakikat” -Matyo
Liga Super
footballtribe
Advertisements

Bekas bintang pasukan Kelantan FC, Norshahrul Idlan Talaha berharap agar pasukan tersebut terutamanya pihak pengurusan dan penyokong dalam menerima realiti pasukan ketika ini.

Pemain berusia 37 tahun itu mempunyai pandangan tersendiri selepas melihat pasukan yang pernah diwakilinya dengan The Red Warriors kini terpelosok di tangga tercorot Liga Super.

Prestasi longlai pasukan itu menyebabkan pasukan hanya mencatatkan dua kemenangan daripada 22 perlawanan selain bolos hampir 100 gol.

Advertisements

Masalah luar padang jelas menganggu rentak permainan Kelantan ketika ini termasuklah kehilangan beberapa tonggak utama pasukan.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar pihak pengurusan dan peminat dapat menerima hakikat ketika ini melihat kepada prestasi semasa pasukan.

“Peminat dan penyokong Kelantan perlu menerima hakikat atas keputusan yang ditetapkan oleh MFL sekiranya perlu menghadapi penurunan liga.”

Advertisements

“Kita tengok Kelantan ketika ini tercorot jadi perlu ikut undang-undang dan akur. Saya rasa main di M3 pun bukan calang-calang,” jelasnya kepada Astro Arena.

Hal ini juga memungkinkan kelab di Liga M3 berpeluang untuk naik ke Liga Super namun keputusan muktamad di tangan MFL.

Kelantan bagaimanapun perlu menghabiskan saingan liga dengan beberapa perlawanan getir termasuklah berdepan PDRM, Sabah dan juga Kedah menanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram