Advertising
Kelantan Sambar Pemain Republik Czech, Michal Jerabek
MakanBola
KDN FC

Kelantan Darul Naim FC mengumumkan pertahanan dari Czech Republik, Michal Jerabek sebagai rekrut terbaharu mereka bagi musim 2024/2025.

Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Kelantan Darul Naim yang memaparkan pemain berusia 30 tahun ini diperkenalkan oleh Presiden, YB Rozi Muhamad.

View this post on Instagram

A post shared by Kelantan Darul Naim FC (@kelantan_unitedfc)

Ad

Musim lalu Jerabek beraksi bersama Zemplin Michalovce dalam sainga liga utama Slovakia dan melakukan 13 penampilan dalam NIKE Liga menurut data Transfermarkt.

Ad

Pemain tinggi lampai ini juga pernah menyarung jersi negara kelahirannnya bagi skuad bawah 21 tahun dan mencatatkan satu kaps pada tahun 2013.

Jerabek bakal menjadi pemain import keenam buat Kelantan Darul Naim selepas Oday Kharoub dari Palestine dan empat pemain muda dari Korea Selatan yang diumumkan baru-baru ini.

Ad
Ad