Kelantan Sudah Jumpa Padang Latihan Baru
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC sudah menemui padang latihan baru bagi memenuhi keperluan pasukan itu untuk baki kempen Liga Super musim 2023.

Sebelum ini tular di media sosial jalan yang digunakan ke padang latihan mereka di Pejabat Pertanian Lundang, Kota Bharu ditutup.

Ini mencetuskan kemarahan penyokong skuad Kijang kerana melihat pasukan kesayangan mereka itu kembali diulit kontroversi.

Advertisements

Bagaimanapun, pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham menjelaskan The Red Warriors tidak lagi berlatih di situ disebabkan kenaikan sewa daripada RM3,500 kepada RM3,600.

Walaupun mengakui mempunyai sedikit tunggakan untuk padang tersebut, langkah penyelesaian telah diambil termasuk menggunakan duit deposit yang pernah diberikan sebelum ini.

“Padang pertanian itu bukannya padang kita, tapi padang sewa. Biasalah ada setiap tahun ada kenaikan, jadi sekarang sewa kat situ dah nak (naik) daripada RM3,500 kepada RM3,600 dan memang kita ada tunggakan, sedikit tunggakan.

Advertisements

“Tapi bukanlah tunggakan tak ada apa-apa (tak bayar langsung), kita ada deposit yang kita dah beri deposit. Jadi isu tunggakan bukanlah sampai berbulan atau berpuluh bulan tak ada, cuma ada sikit tunggakan.

“Isunya lebih kepada kita nak tukar padang kerana terdapat kenaikan sewa padang, jadi sementara ini kita dah ada dua pilihan padang di kawasan di Kelantan juga.

“Sementara saya muktamadkan padang yang kita nak sewa ‘long term’, dan kita memang ada perancangan nak beli tanah dan juga sewa.

Advertisements

“Tapi itu dalam proses lagi, cumanya kita nak selesaikan yang utama dulu iaitu kita nak pastikan kita punya lesen (Lesen Kebangsaan) dapat tahun depan,” katanya kepada Arena Metro.

Justeru, Zamsaham mendedahkan ada dua lokasi padang latihan alternatif yang sedang digunakan Kelantan.

Dua lokasi ini dipilih kerana sewa yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding lokasi sebelumnya.

Advertisements

“Kita ada dua pilihan padang, satu daripadanya sebuah (padang) pihak universiti dan satu lagi yang dimiliki badan beruniform.

“Maksudnya ada dua padang kita dapat, dan sekarang ini kita sedang berlatih di sana yang mana harganya lebih murah berbanding kita sewa di padang pertanian,” tambahnya.

Isu ini diharap tidak menjejaskan persiapan The Red Warriors bila mereka bertemu dengan Perak FC esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram