Kelantan United Bakal Bawa Masuk Pengendali Brazil
Liga Super
Kelantan United FC
Advertisements

Baru-baru ini, bekas jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui menerima tawaran daripada Kelantan United untuk menjadi jurulatih baru mereka. Tatkala ramai menyangka Aidil Sharin bakal kembali ke Liga Super bersama mereka, hari ini Kijang Hijau dilaporkan bakal melantik seorang jurulatih dari Brazil.

Khabar angin ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Biarpun identiti jurulatih berkenaan tidak didedahkan, ini menunjukkan kesungguhan Kelantan United untuk membuang label sebagai pasukan belasahan dalam Liga Super. Jurulatih tersebut juga dikatakan pernah melatih sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Thai League 1.

Advertisements

Sebelum ini, Kijang Hijau dilatih oleh bekas jurulatih Penang, Tomas Trucha. Bagaimanapun, prestasi kurang memberangsangkan dalam liga memaksa Kelantan United memecatnya dan melantik Nazrulerwan Makmor sebagai jurulatih interim.

Kelantan United ketika ini menduduki tangga tercorot Liga Super dengan dua mata daripada 10 perlawanan. Dan mereka bakal berdepan tugas sukar kerana turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram