Kelantan United Bakal Lantik Ailton Silva Sebagai Jurulatih Baru
Liga Super
@TL_Central
Advertisements

Kelantan United semakin hampir melantik seorang jurulatih Brazil bagi menggalas baki cabaran Liga Super musim 2023. Jurulatih yang diharap dapat memulihkan kembali prestasi Kijang Hijau itu ialah Ailton Silva.

Perkembangan terbaru ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dalam satu ciapan di Twitter hari ini. Sebelum ini, Kelantan United dikatakan sudah ada calon bagi menggantikan Tomas Trucha tetapi identiti jurulatih tersebut dirahsiakan.

Kelantan United pastinya mengharap Silva mengulangi magis yang dicipta bersama Chiangrai United pada musim 2019. Beliau yang dibawa masuk menggantikan rakan senegara, Jose Alves Borges pada Februari tahun tersebut mengemudi kelab meraih kejuaraan Thai League 1.

Advertisements

Disebabkan kejayaannya itu, Silva turut menerima Anugerah Jurulatih Terbaik Thai League 1 Tahun 2019. Selain Chiangrai United, beliau juga pernah mengemudi Chiangmai United dan TP Ho Chi Minh.

Dengan Kijang Hijau bakal memuktamadkan perlantikannya sebagai jurulatih baru, maka perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan United malam ini merupakan perlawanan terakhir buat Nazrulerwan Makmor sebagai jurulatih interim kelab berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram