Kelantan United Belanja Besar Kejar Sasaran ‘Top 8’ Liga Super
Liga Super
Kelantan United FC
Advertisements

Dengan Kelantan United FC kini berada di kelompok tercorot Liga Super, satu perubahan drastik perlu dibuat bagi membolehkan pasukan mengejar kedudukan lapan teratas liga. Dan atas sebab itu, Kijang Hijau bakal melepaskan sejumlah besar awang import mereka.

Hal ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Ini susulan prestasi hambar pemain-pemain import ini bila beraksi semasa pusingan pertama Liga Super.

Untuk tetingkap perpindahan kedua ini, hanya penyerang Filipina, OJ Porteria dan bek tengah Yan Victor saja dikekalkan. Sementara semua awang import lain dilepaskan bagi membolehkan pemain-pemain import berkualiti dibawa masuk untuk memperkuatkan Kelantan United FC.

Advertisements

“Kijang Hijau kita tahu pasukan ini berada di (kelompok) bawah liga. Bergelut, kemenangan terakhir ialah menentang (pasukan) abang, Kelantan (FC), saya buat liputan perlawanan tersebut.

“Saya merasakan bahawa ada yang kekal (iaitu) OJ Porteria, penyerang dari Filipina dan juga Yan Victor, tonggak pertahanan. Itu sahaja yang kekal untuk Kelantan United (FC), selebihnya bye-bye.

Advertisements

“Selebihnya akan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan termasuklah Devid Silva. Yang menguatkan spekulasi ini ialah kemasukan Ismaheel Akinade di bahagian penyerang.

“Cukup untuk saya kongsikan, Kelantan United mengeluarkan belanja yang lebih sedikit untuk tetingkap perpindahan kedua ini. Pihak pengurusan menyasarkan Top 10 atau Top 8 untuk dicapai pada penghujung musim ini.

Advertisements

“Jadi, untuk OJ Porteria (dan) Yan Victor, anda selamat, kekal bersama pasukan. Saya rasa untuk pasukan pendatang baru seperti Kelantan United (FC), ini realistik.

“Dan seandainya dengan kehadiran jurulatih Ailton Silva, jurulatih baru dari Brazil, seandainya semuanya berjalan lancar, mampu untuk berada di kelompok seperti yang dikatakan,” katanya kepada Dayang Zainatul dan Lily Hamzah untuk Nadi Arena semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram